Tuesday 19 April 2011

Masalah Blue Skrin Pada Laptop/Komputer

Masalah skrin biru atau Blue Screen of Death atau ringkasnya BSOD disebut sebagai "stop error".


Jika anda mengalami masalah ini maka ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mengenalpasti puncanya.

Sekiranya anda mengalami BSOD ini secara sepintas lalu, tanpa sempat melihat apakah error yang diberikan, maka apa yang anda boleh lakukan apabila pc anda restart kembali;

Cepat-cepat tekan key F8 berulang kali sabaik sahaja pc lepas POST (selepas BIOS / screen jenama motherboard). Jika terlepas, biarkan PC anda restart semula dan cuba lagi.

Jika anda berjaya menekan F8 anda akan diberikan pilihan seperti berikut:



Pilih "DISABLE AUTOMATIC RESTART ON SYSTEM FAILURE" dan tekan ENTER.

Apa yang berlaku selepas ini, windows akan tetap mengeluarkan error BSOD tetapi kalai ini tidak akan restart semua. Ia hanya akan memaparkan skrin biru dengan informasi yang boleh anda baca.

Melihat kepada error skrin biru ini ada 3 ruangan yang anda patut catatkan sebelum mencari di enjin Google dsbg;



Catat salah satu atau kesemua error tersebut dan cubalah cari di Google. InsyaAllah dari laman pertama carian google anda akan mendapat jawapan masalah anda.

selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment